Perlembagaan Malaysia - CTU

Thursday, October 9, 2008
Perlembagaan Malaysia, dikenali juga sebagai Perlebagaan Persekutuan mengandungi 183 perkara, adalah undang-undang tertinggi di Malaysia. Ia merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang telah dibentuk berasaskan kepada dua dokumen terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan tahun 1957.
Perlembagaan ini telah dirangka berdasarkan nasihat daripada Commission Reid yang telah melakukan kajian dalam tahun 1956. Perlembagaan berkenaan berkuatkuasa sejurus selepas kemerdekaan pada 31 Ogos, 1957.

Perlembagaan ini dibahagikan kepada 13 bahagian, iaitu:

Bahagian 1 - Negeri-negeri, agama dan undang-undang persekutuan
Bahagian 2 - Asas kebebasan
Bahagian 3 - Kewargenegaran
Bahagian 4 - Persekutuan
Bahagian 5 - Negeri-negeri
Bahagian 6 - Perhubungan antara persekutuan dengan negeri-negeri
Bahagian 7 - Peruntukan kewangan
Bahagian 8 - Pilihan raya
Bahagian 9 - Badan kehakiman
Bahagian 10 - Kuasa khas menentang perbuatan subversif, keganasan terancang, dan perbuatan jenayah yang memudaratkan orang awam dan kuasa darurat.
Bahagian 11 - Am dan pelbagai
Bahagian 12 - Perlindungan tambahan bagi negeri sabah dan sarawak
Bahagian 13 - Peruntukan sementara dan peralihan.

2.0 Pelembagaan Malaysia dalam kontek hubungan etnik di Malaysia

Perlembagaan Malaysia tidak merujuk kepada sebuah "kontrak sosial" (dari segi hak kewarganegaraan dan hak istimewa) secara ketara, dan tidak terdapat sebarang undang-undang atau dokumen yang pernah menjelaskan syarat-syarat kontrak sosial secara penuh. Pembela-pembelanya sering merujuk kepada Perlembagaan sebagai mengemukakan kontrak sosial, dan bapa-bapa kemerdekaaan juga bersetuju dengannya, walaupun rujukan kepada kontrak sosial tidak dibuat dalam Perlembagaan. Sebaliknya, kontrak sosial biasanya dianggap sebagai suatu persetujuan yang memberikan kewarganegaraan kepada orang-orang bukan Melayu dan bukan orang asli (kebanyakannya orang Malaysia Cina dan Malaysia India) sebagai ganti untuk pemberian hak keistimewaan kepada orang-orang Melayu dan orang-orang asli (dirujuk secara kolektif sebagai Bumiputera).

Perlembagaan Malaysia juga memastikan wujudnya keadilan sosial antara kaum. Untuk menjamin keadilan antara kaum, kebebasan ini dihadkan. Ini bermakna seseorang itu diberi kebebasan bercakap tetapi kebebasan ini dihadkan oleb Bab I Perkara 10(2)(a) kerana seseorang itu tidak dibenarkan bercakap mengenai isu sensitif yang boleh menimbulkan kebencian terhadap kaum lain, yang akan mengakibatkan berlakunya persengketaan dan pergaduhan antara kaum serta mengancam keselamatan negara. Bagi tujuan ini, Parlimen telah meluluskan pindaan Akta Hasutan pada tahun 1970 yang mengehadkan hak kebebasan seseorang bercakap. Akta ini tidak membenarkan seseorang itu bercakap dengan sewenang-wenangnya sehingga menyentuh isu sensitif yang boleh menimbulkan rusuhan kaum. Dengan ini perlembagaan menjamin keselamatan setiap rakyat daripada dianiaya.

Perlembagaan juga menentukan supaya hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak tidak boleh dipersoalkan kerana ini adalah jaminan awal sebelum Persekutuan Tanah Melayu merdeka dan sebelum Sabah dan Sarawak bersetuju memasuki Malaysia pada tahun 1963. Walau bagaimanapun semua warganegara Malaysia, tanpa mengira kaum adalah sama rata di sisi undang-undang (Perkara 8 (1)), bebas menganut dan mengamal agama masing-masing (Perkara 11(1)) dan berhak memiliki harta (Perkara 13). Selain perkara di atas, terdapat juga peruntukan mengenai hak pelajaran (Perkara 12 (1)) yang menegaskan bahawa tidaklah boleh ada perbezaan terhadap mana-mana warganegara semata-mata atas sebab agama, kaum, keturunan atau tempat lahir untuk kemasukan dan bayaran yuran ke institusi pendidikan yang diselenggarakan oleb kerajaan.

Perlembagaan secara ketara memberikan tanah rizab Bumiputera, kuota dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam, kuota untuk lesen perniagaan, dan kebenaran untuk memonopoli industri-industri yang tertentu, jika kerajaan membenarkan. Bagaimanapun pada hakikatnya, khususunya selepas pengenalan Dasar Ekonomi Baru Malaysia (NEP), akibat rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 ketika kaum Melayu hanya memiliki 4% daripada ekonomi Malaysia, hak-hak istimewa Bumiputera diperluas kepada bidang-bidang yang lain; kuota-kuota ditentukan untuk ekuiti Bumiputera dalam perbadanan awam, dan diskaun-diskaun sebanyak 5% hingga 15% untuk membeli kereta dan harta tanah diberikan.

Suruhanjaya Reid yang menyediakan kerangka Perlembagaan menyatakan dalam laporannya bahawa Perkara 153, tulang belakang kontrak sosial, adalah bersifat sementara, dan menyesyorkan bahawa ia dikaji semula 15 tahun selepas kemerdekaan. Suruhanjaya juga menyatakan bahawa perkara itu dan peruntukan-peruntukannya hanya diperlukan untuk mengelakkan keadaan tiba-tiba yang tidak menguntungkan kepada orang-orang Melayu dalam persaingan dengan ahli-ahli masyarakat Malaysia yang lain, dan hak-hak istimewa yang diberikan kepada orang-orang Melayu oleh perkara itu harus dikurangkan secara beransur-ansur dan akhirnya dihapuskan. Bagaimanapun, disebabkan Peristiwa 13 Mei yang menyebabkan pengisytiharan darurat, tahun 1972 yang merupakan tahun kajian semula Perkara 153 berlangsung tanpa sebarang peristiwa.

Menurut penyokong-penyokong kontrak sosial, sebagai balasan untuk enakmen peruntukan-peruntukan yang pada asalnya bersifat sementara, orang-orang Malaysia bukan Melayu diberikan kewarganegaraan di bawah Bab I Bahagian III dalam Perlembagaan. Kecuali hak-haki istimewa Bumiputera, orang-orang bukan Bumiputera dianggap sebagai sama saja dengan orang-orang Bumiputera dan diberikan semua hak kewarganegaraan di bawah Bahagian II dalam Perlembagaan. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, sebilangan orang telah mencuba untuk membekalkan warganegara-warganegara Melayu dengan lebih banyak hak politik menurut falsafah ketuanan Melayu. Kebanyakan penyokong ketuanan Melayu memperdebatkan bahawa hak-hak tambahan ini telah ditulis dalam undang-undang dan hanya perlu dipertahankan daripada pembangkang-pembangkang.

3.0 Sejarah perlembagaan modern Malaysia.

1905 – sebuah badan perundangan pusat yang dikenali sebagai Majlis Mesyuarat Persekutuan (MMP) ditubuhkan. Semua undang-undang yang dibuat oleh mana-mana negeri mestilah bersesuaian dan tidak bertentangan dengan undang-undang yang dibuat oleh MMP. Sungguh pun begitu MMP tidak mempunyai kuasa ke atas hal ehwal agama Islam dan kedudukan Raja-raja Melayu.

1927 – melalui pindaan Perjanjian Persekutuan bagi anggota-anggota MMP, MMP diberi kuasa untuk membuat undang-undang bagi seluruh negeri-negeri Melayu Bersekutu. Raja-raja Melayu tidak lagi mengambil bahagian dalam perbincangan MMP. Ini menjadikan kuasa kerajaan pusat menjadi kuat. Sementara itu kedudukan Dewan Negeri diperkuat dan beberapa kuasa yang dulunya dijalankan oleh Ketua Setiausaha (Pegawai British) diserahkan kepada Dewan Negeri. Jawatan Ketua Setiausaha ditukar kepada Setiausaha Persekutuan.

Di bawah Malayan Union pula, segala kuasa terletak di tangan gabenor termasuk kuasa memberi ampun pada orang salah. Gabenor boleh membatalkan segala keputusan yang dibuat oleh Majlis Perundangan. Majlis Perundangan Negeri di setiap negeri pula hanya boleh membuat undang-undang tentang perkara tempatan sahaja dan ia boleh dibatalkan oleh Majlis Perundangan Malayan Union.

1948 – Malayan Union dimansuhkan dan Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada 2 Februari 1948. Majlis Perundangan Persekutuan ditubuhkan di mana ia mempunyai kuasa membuat undang-undang. Pesuruhjaya Tinggi pula mempunyai kusa veto (pembatal) untuk menghalang rang undang-undang yang diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan. Sementara itu Majlis Perundangan Negeri mempunyai kuasa yang terhad seperti yang disebuat dalam Jadual Kedua bagi Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.

Sejak tahun 1948, setiap negeri Melayu mempunyai perlembagaan masing-masing. Johor dan Terengganu telah pun mempunyai perlembagaan lebih awal lagi, masing-masing pada tahun 1895 dan 1911. Ianya dipinda supaya sesuai dengan kehendak Perjanjian Persekutaun 1948.
Jun 1955 – pilihanraya pertama diadakan bagi memilih anggota-anggota Majlis Perundangan Persekutuan – mengandungi 52 anggota yang dipilih, 34 anggota yang dilantik dan 12 pegawai kerajaan, dan seorang Pengerusi dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi dengan persetujuan Raja-raja.
Mac 1956 – Jawatankuasa Perlembagaan telah dibentuk yang diketuai oleh Lord Reid. Jawatankuasa ini diberi tugas merangka Perlembagaan Persekutuan bagi mewujudkan sebuah kerajaan pusat.Jawatankuasa ini mula menjalankan tugasnya pada Jun 1956, dan telah menggemukakan laporannya pada Disember 1956. Laporan ini dikaji, diteliti dan kemudiannya digubal menjadi Perlembagaan Persekutuan.

Pembentukan perlembagaan telah diluluskan pada 27 Ogos 1957 dan dikuatkuasakan pada 31 Ogos 1957.

Julai 1963 – Perjanjian Malaysia ditandatangani di London oleh kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak. Mengikut perjanjian ini Parlimen British akan meluluskan satu undang-undang untuk memberi kemerdekaan kepada Singapura, Sabah dan Sarawak yang masing-masing akan mempunyai perlembagaan baru. Bagi Persekutuan Tanah Melayu, Parlimen Persekutuan akan meluluskan satu undang-undang yang dipanggil Akta Malaysia untuk meminda Perlembagaan Persekutuan. Akta Malaysia ini telah diluluskan pada 26 Ogos 1963.

4.0 Perkara didalam Undang-Undang Malaysia, Perlembagaan Persekutuan yang berkaitan dengan konteks perhubungan etnik.

4.1 BAHAGIAN I - NEGERI-NEGERI, AGAMA DAN UNDANG-UNDANG BAGI PERSEKUTUAN

A) Perkara 3. Agama bagi Persekutuan.
(1) Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.
(2) Di dalam tiap-tiap Negeri selain Negeri-Negeri yang tidak mempunyai Raja, kedudukan Raja sebagai Ketua agama Islam di Negerinya mengikut cara dan setakat yang diakui dan ditetapkan oleh Perlembagaan Negeri itu, dan, tertakluk kepada Perlembagaan itu, segala hak, keistimewaan, prerogatif dan kuasa yang dinikmati olehnya sebagai Ketua agama Islam, tidaklah tersentuh dan tercacat; tetapi dalam apa-apa perbuatan, amalan atau upacara yang berkenaan dengannya Majlis Raja-Raja telah bersetuju bahawa perbuatan, amalan atau upacara itu patut diperluas ke seluruh Persekutuan, setiap Raja lain hendaklah atas sifatnya sebagai Ketua agama Islam membenarkan Yang di-Pertuan Agong mewakilinya.
(3) Perlembagaan-Perlembagaan Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak hendaklah masing-masing membuat peruntukan bagi memberi Yang di-Pertuan Agong kedudukan sebagai Ketua agama Islam di Negeri itu.
(4) Tiada apa-apa jua dalam ini mengurangkan mana-mana peruntukan lain dalam Perlembagaan ini.
(5) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjadi Ketua Agama Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; dan bagi maksud ini Parlimen boleh melalui undang-undang membuat peruntukan-peruntukan bagi mengawal selia hal ehwal agama Islam dan bagi menubuhkan suatu Majlis untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai perkara-perkara yang berhubungan dengan agama Islam.

B) Perkara 11. Kebebasan beragama.
(1) Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkannya.
(2) Tiada seorang pun boleh dipaksa membayar apa-apa cukai yang hasilnya diuntukkan khas kesemuanya atau sebahagiannya bagi maksud sesuatu agama selain agamanya sendiri.
(3) Tiap-tiap kumpulan agama berhak—
(a) menguruskan hal ehwal agamanya sendiri;
(b) menubuhkan dan menyenggarakan institusi-institusi bagi maksud agama atau khairat; dan
(c) memperoleh dan mempunyai harta dan memegang dan mentadbirkannya mengikut undang-undang.
(4) Undang-undang Negeri dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam.
(5) Perkara ini tidaklah membenarkan apa-apa perbuatan yang berlawanan dengan mana-mana undang-undang am yang berhubungan dengan ketenteraman awam, kesihatan awam atau prinsip moral.

Rasional Perkara- Perkara didalam Perlembagaan Persekutuan didalam konteks perhubungan etnik:
- Dengan ini, ia memberi keutamaan pada Agama Islam kerana ianya merupakan agama rasmi dan semua agama lain juga mempunyai kebebasan menjalankan aktiviti keagamaan masing-masing dan menjaga kesamarataan didalam menjaga perhubungan etnik di Malaysia. Ini juga bembolehkan keamanan di Negara ini berterusan dimana seperti yang diketahui iaitu Malaysia ialah terdiri daripada berbilang kaum.

4.2 BAHAGIAN II - KEBEBASAN ASASI

C) Perkara 8. Kesamarataan.
(1) Semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang.
(2) Kecuali sebagaimana yang dibenarkan dengan nyata oleh Perlembagaan ini tidak boleh ada diskriminasi terhadap warganegara semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan, tempat lahir atau jantina dalam mana-mana undang-undang atau dalam pelantikan kepada apa-apa jawatan atau pekerjaan di bawah sesuatu pihak berkuasa awam atau dalam pentadbiran mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan pemerolehan, pemegangan atau pelupusan harta atau berhubungan dengan penubuhan atau penjalanan apa-apa pertukangan, perniagaan, profesion, kerjaya atau pekerjaan.
(3) Tidak boleh ada diskriminasi yang memihak kepada mana-mana orang atas alasan bahawa dia seorang rakyat Raja bagi mana-mana Negeri.
(4) Tiada pihak berkuasa awam boleh mendiskriminasikan mana-mana orang atas alasan bahawa dia bermastautin atau menjalankan perniagaan di mana-mana bahagian Persekutuan di luar bidang kuasa pihak berkuasa itu.
(5) Perkara ini tidak menidaksahkan atau melarang—
(a) apa-apa peruntukan yang mengawal selia undang-undang diri;
(b) apa-apa peruntukan atau amalan yang mengehadkan jawatan atau pekerjaan yang berkaitan dengan hal ehwal mana-mana agama, atau sesuatu institusi yang diuruskan oleh sekumpulan orang yang menganuti mana-mana agama, kepada orang yang menganuti agama itu;
(c) apa-apa peruntukan bagi perlindungan, kesentosaan atau pemajuan orang asli Semenanjung Tanah Melayu (termasuk perizaban tanah) atau perizaban bagi orang asli suatu perkadaran yang munasabah daripada jawatan-jawatan yang sesuai dalam perkhidmatan awam;
(d) apa-apa peruntukan yang menetapkan kemastautinan di sesuatu Negeri atau di sebahagian sesuatu Negeri sebagai suatu kelayakan bagi pemilihan atau pelantikan kepada mana-mana pihak berkuasa yang mempunyai bidang kuasa hanya di Negeri atau di bahagian itu sahaja, atau bagi pengundian dalam pemilihan itu;
(e) apa-apa peruntukan Perlembagaan sesuatu Negeri, yang adalah atau yang bersamaan dengan suatu peruntukan yang berkuat kuasa sebaik sebelum Hari Merdeka;
(f) apa-apa peruntukan yang mengehadkan pengambilan masuk tentera ke dalam Rejimen Askar Melayu kepada orang Melayu.

D) Perkara 10. Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan.
(1) Tertakluk kepada Fasal (2), (3) dan (4)—
(a) tiap-tiap warganegara berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara;
(b) semua warganegara berhak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata;
(c) semua warganegara berhak untuk membentuk persatuan.
(2) Parlimen boleh melalui undang-undang mengenakan—
(a) ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (a) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, hubungan baik dengan negara-negara lain, ketenteraman awam atau prinsip moral dan sekatan-sekatan yang bertujuan untuk melindungi keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Undangan atau untuk membuat peruntukan menentang penghinaan mahkamah, fitnah, atau pengapian apa-apa kesalahan;
(b) ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (b) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persektuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam;
(c) ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (c) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, ketenteraman awam atau prinsip moral.
(3) Sekatan-sekatan ke atas hak untuk membentuk persatuan yang diberikan oleh perenggan (c) Fasal (1) boleh juga dikenakan oleh mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan perburuhan atau pendidikan.
(4) Pada mengenakan sekatan-sekatan demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam di bawah Fasal (2)(a), Parlimen boleh meluluskan undang-undang melarang dipersoalkan apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogatif yang ditetapkan atau dilindungi oleh peruntukan Bahagian III, Perkara 152, 153 atau 181 melainkan yang berhubungan dengan pelaksanaannya sebagaimana yang dinyatakan dalam undang-undang itu.

Rasional Perkara- Perkara didalam Perlembagaan Persekutuan didalam konteks perhubungan etnik:
- Melalui Perkara 8, perlembagaan ini tidak boleh ada diskriminasi terhadap warganegara semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan, tempat lahir atau jantina dalam mana-mana undang-undang dan ini dapat menjamin kesamarataan antara kaum di Malaysia.
- Di dalam Perkara 10 pula, ia memberi kebebasan kepada setiap warganegara untuk bersuara dan juga hak untuk berhimpun secara aman asalkan tidak mengganggu ketenteraman awam dan juga tidak bersenjata. ia juga memberi hak- hak kepada warganegara untuk membentuk persatuan diatas kemahuan mereka tanpa sebarang halangan.
- Dengan Perkara 10 ini,ia akan mengurangkan perasaan ketidak puas hatian di antara etnik di Malaysia dan membolehkan mereka bersatu-padu di dalam persatuan masing-masing dalam membentuk dan membangunkan Malaysia ke arah yang lebih baik

4.3 BAHAGIAN III - KEWARGANEGARAAN

E) Perkara 14. Kewarganegaraan melalui kuat kuasa undang-undang.
(1) Tertakluk kepada peruntukan Bahagian ini, orang yang berikut ialah warganegara melalui kuat kuasa undang-undang, iaitu:
(a) tiap-tiap orang yang lahir sebelum Hari Malaysia yang menjadi warganegara Persekutuan menurut kuasa peruntukan yang terkandung dalam Bahagian I Jadual Kedua; dan
(b) tiap-tiap orang yang lahir pada atau selepas Hari Malaysia dan mempunyai mana-mana kelayakan yang dinyatakan dalam Bahagian II Jadual Kedua.

Selain daripada itu, kewarganegaraan juga boleh didapati daripada perkara 15 iaitu:
F) Perkara 15. Kewarganegaraan melalui pendaftaran (isteri dan anak warganegara).
(1) Tertakluk kepada Perkara 18, apabila permohonan dibuat kepada Kerajaan Persekutuan oleh mana-mana perempuan bersuami yang suaminya seorang warganegara, maka perempuan itu berhak didaftarkan sebagai warganegara jika perkahwinan itu masih wujud dan suaminya itu seorang warganegara pada permulaan bulan Oktober 1962, atau jika dia memuaskan hati Kerajaan Persekutuan—
(a) bahawa dia telah bermastautin di Persekutuan sepanjang tempoh dua tahun sebelum tarikh permohonan itu dan berniat hendak berbuat demikian secara tetap; dan
(b) bahawa dia berkelakuan baik.
Rasional Perkara- Perkara didalam Perlembagaan Persekutuan didalam konteks perhubungan etnik
- Berdasarkan perkara 15 ini, ia memberi peluang kepada warga bukan Melayu untuk menjadi warganegara Malaysia dan merasai kenikmatan hidup di bumi Malaysia. Disamping itu, ia juga memberi hak-hak keistimewaan bagi orang Melayu
- Dengan memberi kewarganegaraan bagi bukan Melayu, ini akan menyatupadukan semua etnik di Malaysia.

4.4 BAHAGIAN XI - KUASA KHAS MENENTANG PERBUATAN SUBVERSIF, KEGANASAN TERANCANG, DAN PERBUATAN DAN JENAYAH YANG MEMUDARATKAN ORANG AWAM DAN KUASA DARURAT
G) Perkara 149. Perundangan menentang perbuatan subversif, tindakan yang memudaratkan ketenteraman awam.
(1) Jika sesuatu Akta Parlimen menyebut bahawa tindakan telah diambil atau diancam oleh mana-mana kumpulan besar orang, sama ada di dalam atau di luar Persekutuan—
(a) untuk menyebabkan keganasan terancang terhadap orang atau harta, atau untuk menyebabkan sebilangan besar warganegara takut akan keganasan itu; atau
(b) untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana Kerajaan di dalam Persekutuan; atau
(c) untuk menggalakkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum yang berlainan atau golongan penduduk yang berlainan yang mungkin menyebabkan keganasan; atau
(d) untuk mendapatkan perubahan, selain dengan cara yang sah, apa-apa jua yang ditetapkan melalui undang-undang; atau
(e) yang memudaratkan penyenggaraan atau perjalanan apa-apa bekalan atau perkhidmatan kepada orang awam atau mana-mana golongan orang awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya; atau
(f) yang memudaratkan ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, atau yang memudaratkan keselamatannya,
maka apa-apa peruntukan undang-undang itu yang bermaksud untuk memberhentikan atau mencegah tindakan itu adalah sah walaupun peruntukan itu tidak selaras dengan mana-mana peruntukan Perkara 5, 9, 10 atau 13, atau walaupun, jika tidak kerana Perkara ini, peruntukan itu akan terkeluar daripada kuasa perundangan Parlimen; dan Perkara 79 tidaklah terpakai bagi Rang Undang-Undang untuk sesuatu Akta yang sedemikian atau bagi apa-apa pindaan kepada sesuatu Rang Undang-Undang yang sedemikian.

H) Perkara 150. Proklamasi darurat.
(1) Jika Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa suatu darurat besar sedang berlaku yang menyebabkan keselamatan, atau kehidupan ekonomi, atau ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya terancam, maka Yang di-Pertuan Agong boleh mengeluarkan suatu Proklamasi Darurat dengan membuat dalamnya suatu perisytiharan yang bermaksud sedemikian.
(2) Proklamasi Darurat di bawah Fasal (1) boleh dikeluarkan sebelum sebenarnya berlaku kejadian yang mengancam keselamatan, atau kehidupan ekonomi, atau ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya jika Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa kejadian sedemikian hampir benar berlaku.
(2A) Kuasa yang diberikan kepada Yang di-Pertuan Agong oleh Perkara ini termasuklah kuasa untuk mengeluarkan Proklamasi-Proklamasi yang berlainan atas alasan-alasan yang berlainan atau dalam hal-hal keadaan yang berlainan, sama ada suatu Proklamasi atau Proklamasi-Proklamasi telah dikeluarkan atau tidak oleh Yang di-Pertuan Agong di bawah Fasal (1) dan Proklamasi atau Proklamasi-Proklamasi itu sedang berkuat kuasa.
(2B) Jika pada bila-bila masa semasa suatu Proklamasi Darurat sedang berkuat kuasa, kecuali apabila kedua-dua Majlis Parlimen sedang bersidang serentak, Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa ada hal-hal keadaan tertentu yang menyebabkan perlu baginya mengambil tindakan serta-merta, maka Yang di-Pertuan Agong boleh memasyhurkan apa-apa ordinan sebagaimana yang didapatinya perlu mengikut hal keadaan.
(2C) Sesuatu ordinan yang dimasyhurkan di bawah Fasal (2B) hendaklah mempunyai kuat kuasa dan kesan yang sama sebagaimana Akta Parlimen, dan hendaklah terus berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya seolah-olah ordinan itu ialah Akta Parlimen sehingga ordinan itu dibatalkan atau diungkaikan di bawah Fasal (3) atau sehingga ordinan itu luput di bawah Fasal (7); dan kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk memasyhurkan ordinan di bawah Fasal (2B) boleh dijalankan berhubung dengan apa-apa perkara mengenainya Parlimen berkuasa membuat undang-undang, tanpa menghiraukan tatacara perundangan atau tatacara lain yang dikehendaki diikuti, atau perkadaran jumlah undi yang dikehendaki diperoleh di dalam mana-mana satu Majlis Parlimen.
(3) Proklamasi Darurat dan apa-apa ordinan yang dimasyhurkan di bawah Fasal (2B) hendaklah dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen dan, jika tidak terlebih dahulu dibatalkan, hendaklah terhenti berkuat kuasa jika ketetapan diluluskan oleh kedua-dua Majlis yang mengungkaikan Proklamasi atau ordinan itu, tetapi tanpa menjejaskan apa-apa jua yang dilakukan sebelumnya menurut kuasa Proklamasi atau ordinan itu atau tanpa menjejaskan kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk mengeluarkan suatu Proklamasi baru di bawah Fasal (1) atau memasyhurkan apa-apa ordinan di bawah Fasal (2B).
(4) Tertakluk kepada Fasal (6A), semasa Proklamasi Darurat berkuat kuasa, Parlimen boleh, walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, membuat undang-undang mengenai apa-apa perkara, jika didapati oleh Parlimen bahawa undang-undang itu dikehendaki oleh sebab darurat itu; dan Perkara 79 tidaklah terpakai bagi suatu Rang Undang-Undang untuk sesuatu undang-undang yang sedemikian atau bagi sesuatu pindaan kepada sesuatu Rang Undang-Undang yang sedemikian, dan juga tidaklah terpakai mana-mana peruntukan Perlembagaan ini atau peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang menghendaki apa-apa keizinan atau persetujuan bagi meluluskan sesuatu undang-undang atau apa-apa rundingan mengenainya atau yang menyekat permulaan kuat kuasa sesuatu undang-undang selepas undang-undang itu diluluskan atau yang menyekat Rang Undang-Undang daripada dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk diperkenankan olehnya.
(5) Tertakluk kepada Fasal (6A), tiada peruntukan mana-mana ordinan yang dimasyhurkan di bawah Perkara ini, dan tiada peruntukan mana-mana Akta Parlimen yang diluluskan semasa Proklamasi Darurat berkuat kuasa dan yang mengisytiharkan bahawa didapati oleh Parlimen undang-undang itu dikehendaki oleh sebab darurat, boleh menjadi tidak sah atas alasan ketidakselarasan dengan mana-mana peruntukan Perlembagaan ini. (6A) Fasal (5) tidak boleh memperluas kuasa Parlimen mengenai apa-apa perkara hukum Syarak atau adat Melayu atau mengenai apa-apa perkara undang-undang atau adat anak negeri di Negeri Sabah atau Sarawak; dan juga Fasal (6) tidak boleh menjadikan sah mana-mana peruntukan yang tidak selaras dengan peruntukan Perlembagaan ini yang berhubungan dengan apa-apa perkara sedemikian atau berhubungan dengan agama, kewarganegaraan, atau bahasa.
(6) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini—
(a) hal puas hati Yang di-Pertuan Agong yang disebut dalam Fasal (1) dan Fasal (2B) adalah muktamad dan konklusif dan tidaklah boleh dicabar atau dipersoalkan di dalam mana-mana mahkamah atas apa-apa alasan; dan
(b) tiada mahkamah boleh mempunyai bidang kuasa untuk melayan atau memutuskan apa-apa permohonan, soal atau prosiding, dalam apa-apa jua bentuk, atas apa-apa alasan, mengenai kesahan—
(i) sesuatu Proklamasi di bawah Fasal (1) atau sesuatu perisytiharan yang dibuat dalam Proklamasi itu yang bermaksud seperti yang dinyatakan dalam Fasal (1);
(ii) kuat kuasa berterusan Proklamasi itu;
(iii) mana-mana ordinan yang dimasyhurkan di bawah Fasal (2B); atau

I) Perkara 151. Sekatan ke atas tahanan pencegahan.
(1) Jika mana-mana undang-undang atau ordinan yang dibuat atau dimasyhurkan menurut Bahagian ini membuat peruntukan bagi tahanan pencegahan—
(a) pihak berkuasa yang atas perintahnya mana-mana orang ditahan di bawah undang-undang atau ordinan itu hendaklah, dengan seberapa segera yang boleh, memberitahu orang itu alasan dia ditahan dan, tertakluk kepada Fasal (3), pengataan fakta yang berasaskannya perintah itu dibuat, dan hendaklah memberikan peluang kepadanya untuk membuat representasi terhadap perintah itu dengan seberapa segera yang boleh;
(b) tiada warganegara boleh ditahan seterusnya di bawah undang-undang atau ordinan itu melainkan jika suatu lembaga penasihat yang ditubuhkan sebagaimana yang disebut dalam Fasal (2) telah menimbangkan apa-apa representasi yang dibuat oleh warganegara itu di bawah perenggan (a) dan membuat syor mengenainya kepada Yang di-Pertuan Agong dalam masa tiga bulan setelah menerima representasi itu, atau dalam tempoh yang lebih lama yang dibenarkan oleh Yang di-Pertuan Agong.
(2) Perkara ini tidak menghendaki mana-mana pihak berkuasa mendedahkan fakta yang pendedahannya pada pendapat pihak berkuasa itu akan bertentangan dengan kepentingan negara.

Rasional Perkara- Perkara didalam Perlembagaan Persekutuan didalam konteks perhubungan etnik
- Berdasarkan Perkara 149, 150 dan 151, kerajaan mempunyai kuasa untuk mengekalkan keamana dengan menguatkuasakan undang-undang seperti yang tertakluk didalam perlembagaan sebagai contoh; I.S.A. untuk menangkap dalang disebalik perhimpunan haram seperti yang dilakukan oleh Hindraf dan Bersih.
- Ini dapat menjamin keamanan dan keharmoniaan masyarakat berbilang kaum di Malaysia dengan menangkis anasir-anasir jahat yang cuba memecahbelahkan perpaduan kaum di Malaysia.
- Undang-undang ini juga penting untuk mengelak berulangnya peristiwa 13 Mei, Peristiwa Kampung Medan dan lain-lain.

5.0 Kesimpulan

Setiap rakyat Malaysia perlu dan wajar membudayakan semangat perpaduan dan integrasi demi kesinambungan perpaduan yang sedia wujud di Malaysia. Kita perlu mengambil iktibar daipada pengorbanan yang ditunjukkan oleh generasi terdahulu dalam menghayati erti sedia berkorban, berakomodatif dan rela berkongsi kuasa. Kontrak sosial telah diterima oleh majority rakyat Malaysia dan para pemimpinnya sebagai satu kenyataan sejarah. Justeru, penerimaan kontrak sosial adalah penting dalam menjaga hubungan etnik di Malaysia kerana Malaysia merupakan sebuah Negara yang bersifat majmuk. Menghormati hak dan kepentingan setiap golongan etnik di Malaysia seperti mana yang termaktub dalam perlembagaan Malaysia sangat perlu dihayati bersama agar dapat menghindarkan sebarang konflik yang wujud.

Labels:

 
posted by Mr.BoBo at 1:05 AM, | 0 comments

minggu yang memenatkan

Friday, September 28, 2007

hmm.. minggu yg sungguh memenatkan tetapi BERUSAHA!! seperti kura-kura.. walaupun ia lembab,slow dan sebagainya... jika berusaha pasti akan berjaya.. hehe soo this week ade banyak bende... few asgmt, report, speaking mandarin, hmmmm membengangkan... heheh... nvm.. in 1 week times, balik rumah makan banyk2 relax.. AJA AJA FIGHTING!!
 
posted by Mr.BoBo at 1:50 AM, | 1 comments

TanSri Syed Mokhtar Al-Bukhary

Wednesday, September 26, 2007
Topic: The Story of Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

General Purposes: To motivate and to inform

Specific Purposes: To motivate our audience about how to be successful and to inform our audience about the success stories of a great corporate leader this is Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.

Central Idea: The story of Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary can make our
audience be inspired and motivated throughout his success in business activities which can make them to be more discipline and working much harder to achieve their dream.


INTRODUCTION

The Life of Syed Mokhtar Al-Bukhary

Syed Mokhtar Al-Bukhary was born in 1951 at a middle class family where his father’s work is breeding cow business while his mother is just a housewife. His higher education is only until form 5 because he can’t afford to further his studies at that time. He started help his father’s business by keeping and manage his father’s bookkeeping. He also helped his mother sells the vegetables and roti canai before going to school early in the morning
That is just the beginning. Now let’s go personally about him. He’s a mysterious man. Where he does not like to show off the luxurious life. For your information, he is easy to get along with other people. He is not the type of people which love to collect luxury car. He has an old model of Proton Perdana and another one is 20 year’s old Mercedes which he used to use it from time to time.
Back in the year 1951, poverty and hard to suffer in life is the keyword towards his successful life. His father is Yemenian and stayed in Kedah. He used to sell the convenience goods to the people around his neighborhoods. He and his father later on get along to do the business well. Time after time, the business already moves from one stage to another. They used to import the cow from Thailand and sell the meats domestically.
But the happiness is only for a moment, the business washed away by foot and mouth disease. As his determination starting to skyrocket, he quickly moved to expand into diversification of other businesses. His next big move was in the logistics business, with initial goal to transport their trading materials.
He used to cooperate with chinese in business where he buy most of the share and business which is view as failed business and he then built up the business until it success and give profit.
As a muslims, he never forget about the charity in Islam. He give charity and lots of money to the peoples in need. He build more than 10 mosques in Malaysia. He also gave funds valued at 1.25 million pounds sterling (RM7.5 M) to OXFORD UNIVERSITY for the Islamic Learning Center in London.
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari can be described as a very low profile person. He doesn’t like to go public or being published in the media. He ends his bachelorhood at his mid 40’s and was blessed with four children with two boys and two girls.

The Success Story of Syed Mokhtar Al-Bukhary

Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari started doing business by helping his father in breeding cow. However, this business was washed away by foot and mouth disease. Nevertheless, he took over the business and start over by selling meats. His determination starting paid off and the business started to take off.
As his skyrocket, he quickly moved to expand into diversification of other business. His next big move was in the logistic business, with initial goal to transport their trading materials. More success followed and he moved to rice trading business.
He worked even harder after awarded the rice trading licenses from Lembaga Padi Negara, and was later awarded successions of supplier contract government-linked corporations. As the saying goes “the harder you work, the luckier you get.”
He currently holds a share in Mining Corporation Berhad (MMC), Bernas, Malakoff Berhad, Johor Port Berhad, Impian Teladan Sdn Bhd and many more others. Even becoming the talk of the country, Syed Mokhtar most of the times tried to lay low. He is rarely available for press interview and remains elusive in the world of publicity. Instead, he focuses his work on philanthropist's work and is passionate with his charity foundation under the name of Al-Bukhary Foundation.
Al-Bukhary Foundation helped to build Islamic Art Museum valued at RM70 millions as well as building many mosques and charity establishments in Kedah, Perak and across the country.


The Characteristic of Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

Tan Sri is a patriotic person. It is proved when he drives a Perdana instead of driving other luxury cars such as BMW, Volvo or Mercedes. It is also been proved by his effort in supporting local student in pursuing their study by giving them a scholarship to a student to continue inside or outside the country.
The second characteristic that Tan Sri has is that he is a religious person. It is shown when he donated a lot of his profit to build a lot of mosque. Other than that, he also has donated toward orphan and people who needed help. He also has donated 1.25 Million Pound to Oxford Islamic Institute for research on Islam. He has also built Islamic Art Museum in Kuala Lumpur.
The other characteristic that he got is he is a very hardworking person. Tan Sri Syed Mokhtar did work from day till night just to make sure that everything is in order. It is shown when he does a meeting with his entire top manager to maintain the quality and to guide them from any mistake that maybe taken.
He is also a generous person since he donates a lot of his money for welfare. For an example, he gives scholarship to 1000 Saudi Arabian student to study in Malaysia.

Conclusion.

In a nutshell, everybody have an equal chance to be successful. Nothing can stop us from being successful unless it is you. We should follow what Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary did in order to
gain a wealth for now and here after.
 
posted by Mr.BoBo at 11:18 PM, | 0 comments

RISK IN OUR DAILY LIFE

Sunday, September 23, 2007
Topic:
Risk in our daily life

General purpose:
To inform

Specific purposes:
To inform the audience about the risk and types of risk the audience could face in their daily life. It’s also to increase the awareness for important of transferring the risk to the other party when it can be transferable.

Central idea:
Risk is something that can’t be eliminate and always be apart of our daily life. In that case, the risks that may arise from our daily life routine that should be handle carefully in order to minimize the risk that arises. In dealing with the risk, there is few ways such as retention and transfer that can help people to deal and minimize and reduce it.














1.0) INTRODUCTION

1.1) Definitions of risk according to:

1.1.1) Microsoft Encrta2006: –
Chance of something going wrong. (Danger that injury, damage or lost will occur)


1.1.2) LONGMAN dictionary:-
Possibility of a bad result. (Possibility of something bad, unpleasant or dangerous may happened)


1.1.3) Risk Management Book by Emmett J. Vaughan:-
Conditions where there is possibility of an adverse deviation from a desire outcome that is expected or hopes for.















1.2) Rules in dealing with risk:

In dealing with risk, there are few rules that must be considered.

1.2.1) * Don’t risk more then you can afford to loose
If we could not bear the losses, we should transfer the risk to the other party that willing to bear it for us in order to minimize the losses.

1.2.2) * Consider the odd
We should consider the probability of the event to happen to us. If the probability is high, we should make avoidance toward the risk in order to eliminate the risk that happened.


1.2.3) * Don’t risk a lot for a little
We should no transfer the risk that can be retained to our self in order to reduce the money flow to an insurance company. For an example, if the risk is only will not cause us into bankruptcy, loss of life or disability, we should consider for not transfer it to another party.












1.3) Reason fro understanding risk:

There is a lot of reason for understanding risk, for an example, risk is something that can’t be eliminate and always be apart of our daily life. In that case, the risks that may arise from our daily life routine should be handle carefully in order to minimize the risk that arises. In dealing with the risk, there is few ways such as retention and transfer that can help people to deal and minimize and reduce it with the understanding of risk, we can be aware of all the thing around us that will lead to the losses of property, life or even a disability permanently or life-time disability cause by the risk that arise from human, nature or even economics.

2.0) Type of dealing with risk

2.1) risk retention
Risk retentions are defined as there is an availability of fund to replace if the event of loss happened to a person. (Risk Management Book by Emmett J. Vaughan)

The risk also can be retained in 2 conditions.

a) Intentional
Its mean that the risk is retained even when the person is aware of the undesired possible outcome.

As an example, if the person knows that he is facing a risk when ever they drive without wearing a seat belt while driving. If there is a case of accident, the person itself actually had already aware of the entire possible outcome that may arise from it. So his is risk retention by the person intentionally.



b) Unintentional

Its mean that the risk is retained without the person aware of the possibility that the desire outcome may happened.

For an example, a person who is using machinery without knowing that there may be a possibility of the outcome from the product is not as what he or she wants it to be. They actually retain the risk by them self without intentions of the undesired outcome that arise.




2.2) Risk transfer

Risk transfer is define as a risk that been transfer from one party to another party who is willing to bear the consequences.

In transferring the risk to another party, person will have to follow a certain rules that been stated by the transferred party and pay a certain amount of premium.

There are few types of insurance that commonly been offer to a person such as:

2.2.1) Health insurance

- For example in case of accidents and health insurance.
It is defined as insurances against loss by sickness or accidental bodily injury an the loss may be the loss of wages from disability caused by the accident or sickness or the loss that caused by payment for bills such as medical, hospital or doctor bills.

2.2.2) Life insurance

- This is type of insurance that may ease the third party of the person who buying and transfer the risk to the insurer. It is because if something happened for the person who bought the life insurance, the third party such as family, wife or son and daughter may claim compensation money in order to continue their life with the money the got from the insurance company. This is also important in case of
The person is the key person in family or even in a company. This is important in a family which there is only one who is the source for living.

2.2.3) Property and liability insurance

- This is an insurance that to secure the property such as house, land, cars and motorcycle. This is another type of insurance that a person must transfer since we could not bear or retain the possible risk or losses to our self. For an example are the damages from the human perils and by the legal factors.

This is few insurance agencies in MALAYSIA:

*Great Eastern Life Insurance
*MAA Insurance
*Alliance Insurance
*TAKAFUL Insurance
*TAHAN Insurance







3.0) CONCLUSION

Risk cannot be eliminated, but it can be reduce to a minimal by making a preparation or transfer it to another party.

Risk also can be cause by other factors such as human, nature or economic so that we should make a precaution in order to minimize the risks.
 
posted by Mr.BoBo at 10:42 PM, | 0 comments